Jumlah Mangsa Banjir 5 Negeri Sekarang Mencecah 90 Ribu Orang
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir nampaknya semakin buruk apabila mangsa yang dipindahkan setakat ini sebanyak 90,250 orang melibatkan 5 buah negeri.
Negari yang paling tinggi mangasa dipindahkan ialah Kelantan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).
Negeri terbaru yang terlibat iaah Perlis apabila dikatakan berpunca hujan sudah melebihi 5 hari dan perlepasan air Empangan Timah Tasoh yang terpaksa dilepaskan kerana sudah melebihi tahap bahaya untuk mengelakkan empangan tersebut pecah yang akan lebih memburukkan keadaan.
Bilik Operasi Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis melaporkan sebanyak 265 mangsa daripada 81 keluarga yang dipindahkan setakat 9 pagi ini berbanding 253 mangsa daripada 71 keluarga malam tadi.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini