Kerana Terlalu Sibuk Bekerja Punca Utama Rakyat Malaysia Tonton Filem Lucah
KUALA LUMPUR: Kerana terlalu sibuk dengan kerja dengan tidak mempunyai cukup masa dengan pasangan menjadi punca utama penduduk di Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur dan Sarawak mencatat rekot tertinggi melayari Pornografi di internet.
BACA: Pantai Timur Catat Rekod Tertinggi Buka Pornografi Di Internet
Menurut Pakar Perunding Psikologi dan Keluarga, Suzana Ghazali, mereka yang tinggal di Terengganu dan Miri contohny mungkin bekerja daam sektor minyak dan gas yang menyebabkan merak jarang balik ke rumah bersama keluarga.
Faktor itu menyebabkan mereka yang tinggal dikawasan ini lebih banyak menghabiskan masa melayari laman web lucah tertinggi berbanding tempat lain di dalam negara..
“Mereka sukar untuk pulang dan berjumpa isteri masing-masing di rumah, kerana sibuk bekerja, namun naluri seks masih ada dalam diri mereka.
“Oleh itu, mereka mungkin terpaksa melayari laman web berkenaan, disebabkan kekangan yang dihadapi tersebut,” katanya.
Sebelum ini Syarikat penyedia web lucah . Pornhub telah mengeluarkan statistik dimana penduduk di Kuala Terengganu menghabiskan masa 12 minit 58 saat ntuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.
Beliau menjelaskan lagi kecanggihan teknologi sekarang menyebabkan banyak golongan terdedah dengan mudah untuk melayari web lucah di internet termasuk kanak-kanak yang memiliki telefon pintar dengan mudah dapat melayari web itu.
“Sekiranya si suami terlalu banyak menonton video atau gambar porno, terdapat kemungkinan tinggi mereka hilang fitrah asalnya dan kurang melakukan hubungan seks dengan isteri.
“Kini, terdapat ‘group’ (kumpulan) khusus dalam aplikasi WhatsApp yang diwujudkan khas untuk menyediakan bahan-bahan pornografi untuk disebarkan kepada orang ramai,” ujarnya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini