Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khalwat: Putri Mardiana Anggap Selesai, Jais Pula Akan Siasat

No Comment
Putri Mardiana
PETALING JAYA: Pelakon filem Ngangkung, Putri Mardiana Zainal Abidin menjelaskan isu dia dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu telah pun selesai.

Putri atau lebih mesra dengan sapaan Nina, 33, memaklumkan kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah syariah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

"Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

"Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Akhbar melaporkan, Nina yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata diserbu oleh Jais kira-kira pukul 3.23 pagi Ahad lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana, Ampang dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat orang awam.

Nina tidak mahu mengendahkan kata-kata negatif dilemparkan kepadanya.
Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

Dalam pada itu, Nina berkata, biarpun berasa terainaya ekoran kejadian itu namun dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya.

"Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu.

"Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pandangan negatif diterimanya ekoran kejadian berkenaan Nina berkata, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

"Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya.

"Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan sumber Jais yang dihubungi mStar Online berkata, aktres itu hanya dibebaskan dengan jaminan dan perlu hadir ke Jais untuk siasatan sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.

"Bersalah atau tidak itu mahkamah yang akan tentukan malah dia sebenarnya diarahkan untuk hadir ke Jais pada hari Rabu (hari ini) untuk siasatan lanjut," kata sumber tersebut. ─ mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli