Lelaki Ini Mempunyai 24 Orang Anak dan 60 Orang Cucu
Al Ain (UAE): Seorang lelaki berusia 70 tahun yang mempunyai 24 anak dengan yang tua berusia 47 tahun dan yang kecil hanya dua bulan masih berminat untuk memiliki cahaya mata lagi.
Mohammed Saeed yang juga memiliki 60 cucu sudah berkahwin 16 kali kini menanti anak yang ke-25 yang dijangka dilahirkan tujuh bulan lagi.
Saeed menceraikan kebanyakan isterinya dan buat masa ini hanya mempunyai dua isteri yang tinggal bersama-samanya.
Dia kahwin buat kali pertama ketika berusia 12 tahun dan berterusan sehingga 2005. Isterinya terdiri daripada wanita Arab dan juga bangsa asing.
Menurutnya, dia berkahwin beberapa kali kerana sentiasa menginginkan anak yang ramai.
Mengenang kembali zaman mudanya, Saeed berkata, dia mempunyai empat anak hasil daripada perkahwinannya dengan wanita tempatan. Dia kemudian berkahwin dengan wanita Britain yang menetap di UAE ketika itu. Mereka bagaimanapun bercerai tanpa mempunyai anak.
Saeed berkata, dia memandang berat dalam hal menyediakan keperluan untuk bekas isterinya dan memastikan semuanya lengkap, termasuk rumah untuk wanita berkenaan dan anak mereka.
Walaupun sudah memiliki 24 anak dan 60 cucu, lelaki itu berkata, dia merancang untuk berkahwin lagi dan menambah ahli keluarganya hingga 100 orang. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini