Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mentol Menyala Paling Lama Di Dunia Iaitu 113 Tahun

No Comment


Percayakah anda lampu mentol yang anda lihat di atas ini sudah menyala sejak tahun 1901 lagi. Memang lama, sudah 113 tahun.

Mentol ini telah menjadi kebanggaan penduduk di Balai Bomba 6, di Livermore, California Utara. Mentol ini pernah telah berjaya memegang rekod dunia Guinness dan hanya pernah dipadam selama seminggu, itupun kerana masalah elektrik dan pengubahsuaian.



Ia yang tergantung di atas parkir kereta bomba telah menarik ramai orang untuk melihatnya. Ada antara mereka beribu-ribu batu datang hanya untuk melihat mentol kecil ini.

Mentol ini telah direka oleh Adolphe Chailet, yang pernah bertanding dengan orang-orang seperti Thomas Edison yang terkenal sehingga hari ini kerana membuat mentol yang terbaik.



Bagaimanapun, walaupun berjaya menghasilkan mentol yang hebat ini Chailet tidak pernah berjaya seperti Edison walaupun mentol beliau telah terbukti bertahan voltan yang lebih tinggi.

Jika berlakunya pengubahsuai struktur bagunan mentol ini tidak ditanggalkan seperti mentol lain sebaliknya mereka akan memotong wayar bagi mengelakkan ia rosak.-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli