Mitsubishi Malaysia Buat Tawaran Hebat Sempena Hujung Tahun
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah membuat satu tawaran hebat sempena hujung tahun 2014 dengan memberi rebat yang amat menarik sehingga RM 7000 kepada model terpilih sehingga 31 Disember nanti.
Mereka teah memberikan rebat tunai sebanyak RM4000 kepada kereta model Mitsubishi ASX (2WD) yang dijual dengan harga RM114 ribu dan RM128 ribu untuk Mitsubishi ASX (4WD).
Mitsubishi ASX datang dengan enjin 2.0 liter MIVEC ini turut disertakan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perjalanan.
Untuk kategori 4x4 pula, Triton VGT GS pasti menjadi pilihan pengguna dengan di beri rebat sebanyak RM 6000 dengan harga RM107 ribu, Kereta ini didatangkan dengan sokongan enjin diesel 2.5 liter yang dapat menjana kuasa kuda sebanyak 178ps bersama tork 350Nm, sistem Variable Geometry Turbo (VGT) menawarkan pemanduan hebat bersama penjimatan bahan api.
Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh melawat Facebook rasmi Mitsubishi Motors Malaysia untuk mengetahui lebih tentang tawaran yang diberi.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini