Mufti Pahang : Adakan Solat Hajat
KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman mohon agar semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat hajat bagi menghindari bencana banjir yang lebih teruk daripada berlaku.
Menurutnya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebelum ini sudah menitahkan agar rakyat negeri ini melakukan solat hajat menjelang musim tengkujuh sejak sebulan lalu.
“Sekarang ini ada beberapa buah masjid dan surau melakukan solat hajat secara berkala dan saya berharap agar solat hajat dapat dibuat secara berterusan lebih-lebih lagi di kawasan yang terjejas banjir.
“Solat hajat yang dilakukan adalah untuk berdoa mengelak musibah dan menyelamatkan mangsa yang terlibat.
Sebanyak lapan daerah di negeri ini sudah dilanda banjir iaitu di Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh, Jerantut, Lipis, Maran dan Bera.
“Mudah-mudahan solat hajat yang dilakukan di seluruh masjid dan surau dalam negeri ini dapat dimakbulkan,” katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini