PAS Tolak Cadangan Bentuk Kerajaan Campuran Dengan UMNO Untuk Bina Semula Kelantan
PAS Kelantan hari ini telah menolak cadangan yang dikemukankan oleh, Dato Dr Hussamuddin Yaacub, seorang usahawan koporat dan juga pemilik akhbar Sinar Harian supaya PAS dan UMNO bergabung membentuk sebuah kerajaan perpaduan demi untuk membangunkan negeri Kelantan.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, sudah tiba masanya untuk kerajaan pusat mengembalikan kembali hak rakyat Kelantan iaitu hutan royalti minyak untuk kerjaan Negeri Kelantan membangunkan semula negeri itu yang teruk musnah akibat banjir.
"Apa kata Petronas yang mengaut kekayaan dari laut Kelantan tanpa apa-apa sumbangan selama ini menunjukkan jiwa kemanusiaannya dengan memberikan RM3 billion bagi tujuan itu?" kata Husam.
Sebelum ini piahak Kerajaan Negeri Kelantan telah berulang kali menuntut supaya pihak kerajaan pusat supaya tidak menganak tirikan Negeri Kelantan kerana menafikan hak negeri tersebut untuk mendapat royalti minyak yang digali oleh Petronas yang didakwa berada dalam kawasan perairan milik negeri Kelantan.
Sebelum itu Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, telah mengeluarkan idea ini dan dia telah memberitahu media bahawa rakyat Kelantan sudah terlalu lama terhimpit dalam pertembungan ideologi antara dua parti politik iaitu BN dan PAS di negeri itu,
"hanya melalui pembentukan kerajaan campuran, usaha membangunkan kembali Kelantan akan menjadi lebih mudah."
Menurutnya, kerosakan yang dilihat selepas banjir ini pulih adalah sangat teruk dan luar biasa.
"Saya bukan hendak perkecilkan kerajaan Kelantan, tetapi saya rasa mereka tidak mampu hendak kendalikan semua ini, rakyat Kelantan memerlukan bantuan kuasa yang besar dan mutlak supaya mereka boleh bangkit semula seperti keadaan sebelum banjir. " katanya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini