Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lebih ramai pemain JDT ke Borussia Dortmund

No Comment


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan untuk menghantar lebih ramai pemain Johor Darul Ta'azim (JDT) menjalani latihan bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund seperti peluang yang dimiliki pemain kontroversi, Gary Steven Robat.

Tunku Mahkota Johor itu berkata, dijangkakan lebih ramai pemain bakal dihantar ke Borussia Dortmund selepas Gary pada masa akan datang.
“Ramai lagi pemain kita yang akan dihantar ke sana. Jadi kita tunggulah dan tengok siapa yang kita rasa ada potensi untuk pergi lebih jauh...mungkin kita akan hantar pemain muda ke Borussia,” katanya.

 Menyentuh mengenai perkembangan terbaharu Gary,  beliau menjelaskan pemain kebangsaan itu bakal dibawa menjalani latihan di bawah kendalian kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

Tunku Ismail menyifatkan latihan bersama kelab ternama itu merupakan rezeki buat pemain muda terbabit.

“Borussia Dortmund akan sampai di sini pada 1 Februari ini. Selepas itu, mereka akan bawa Gary pulang. Jadi semua tidak ada masalah, nampak gaya rezeki dia dapat berlatih di tempat yang mantap dan bersama pasukan berpengalaman.

“Saya harap pendedahan ini akan jadi satu benda yang baik untuk Gary. Dan dia boleh memberikan satu benda yang akan memberi faedah kepada kelab, apabila dia kembali pada April ini,” katanya.

 Ditanya sama ada Gary dijangka berlatih bersama pasukan utama atau pasukan kedua Borussia Dortmund, Tunku Mahkota Johor berkata, kesemua itu ditentukan pengurusan kelab Eropah terbabit.

Bagaimanapun, katanya, menjadi satu kepentingan untuk memastikan Gary berada di Jerman memandangkan pemain terbabit kini berada dalam tempoh penggantungan.

“Penting kita untuk jaga kecergasan Gary. Macam mana pun saya rasa kita harus ‘protect’ Gary punya karier kerana dia pemain kebangsaan, " katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli