Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelancong Terperangkap 48 Jam Di Taman Negara Kuala Tahan

No Comment


JERANTUT: Pihak penyelamat hari ini teah berjaya menyeamatkan 102 pelancong asing yang terkandas selama 48 jam di Mutiara Resort Taman Negara, Kuala Tahan kerana banjir.

Mereka merupakan pelancong dari Perancis, Jerman, Sweden, Australia, Emiriah Arab Bersatu, Kanada, Romania, Belgium, Norway dan Republik Czech telah di selamatkan oleh pihak bomba dengann menggunakan beberapa biji bot.

Menurut seorang pelancong yang dikenali sebagai Serge, 32, dia dan anak-anaknya pertama kali datang ke sini dan memberitahu bahawa pengurusan resort sentiasa memastikan keperluan mereka mencukupi sepanjang lebih 48 jam terperangkap.

“Saya sudah mengetahui awal lagi yang kunjungan ke Taman Negara ketika musim monsun, tetapi sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa banjir apabila terkandas selepas air Sungai Tembeling melimpahi tebing,”

“Ini menjadi pengalaman paling berharga sepanjang berkunjung ke negara asing,” katanya.

Pegawai Daerah Jerantut Ali Syahbana Sabaruddin berkata, usaha memindahkan pelancong itu menggunakan bot pelancong dan empat bot bomba.

"Pada mulanya usaha memindahkan pelancong itu ke bandar Jerantut menggunakan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan bomba tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk."

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya memberi jaminan terhadap keselamatan pelancong terbabit sementara mereka ditempatkan di pusat pemindahan.

“Jika keadaan mengizinkan dan cuaca baik, semua pelancong terbabit akan diterbangkan dengan helikopter ke bandar Jerantut pagi esok (hari ini),” katanya.

Semua mereka dikatakan akan dihantar ke Kuala Lumpur menaiki bas yang disediakan.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli