Pembayaran BR1M 2015 Dipercepat Ke 15 Januari, Permohonan Dan kemaskini Dilanjutkan Ke 31 Januari 2015
PUTRAJAYA: Kerajaan harini telah bersetuju untuk membuat pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015 lebih awal iaitu ke 15 Januari 2015 iaitu tengah bulan hadapan.
Sebelum ini mengikut jadual yang teah diwar-warkan bayaran BR1M akan dibayar pada penghujung Januari tahun hadapan.
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bayaran akan dibuat secara berperingkat dan pihak kerajaan akan memastikan semua penerima dari negeri-negeri yang dilanda banjir akan diberi keutamaan dalam proses pembayaran.
"Kerajaan juga bersetuju permohonan dan pengemaskinian BR1M dilanjutkan sehingga 31 Januari depan dan pengemaskinian boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M di laman web https/:ebr1m.hasil.gov.my atau boleh mengunjungi mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
"Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau talian 03-8882 4565/ 4566 serta melalui email:br1m@treasury.gov.my," katanya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini