Gambar Piala AFF Suzuki: Malaysia Kecundang Kepada Vietnam 2-1
SHAH ALAM: Skuad kebangsaan kini dalam tekanan selepas gagal memanfaat bermaian di laman sendiri selepas tewas di tangan Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlansung di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Tugas getir pasti menanti skuad Harimau Malaya dalam separuh akhit kedua kerana Vietnam membawa balik bekalan 1 gol ke gelanggang meraka.
Dalam perlawanan tadi Malaysia lebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti kapten pasukan Shafiq Rahim pada minit 14 sebelum pasukan Vietnam menyamakan kedudukan melalui Voo Huy Toan pada minit ke-32 dan jaringan kemenangan Nguyen Van Quyet pada minit ke-60.
Perlawanan separuh akhir kedua akan diadakan diadakan di Hanoi pada 11 Disember ini untuk menentukan tiket ke final kejohanan.-Siakapkeli.com.my
Lagi gambar
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini