Remaja Telah Empat Tahun Hilang Hubungi Ibu Dia Dikurung Dalam Dinding
JONESBORO: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang telah dilaporkan hilang empat tahun lalu telah ditemui hidup, tersembunyi di balik dinding palsu sebuah rumah milik bapanya berhampiran Atlanta, Georgia.
Menurut jurucakap Pihak Polis Clayton County, Sarjan Kevin Hughes, remaja tersebut yang telah dibawa lari oleh bapanya empat tahun lalu itu telah dibawa ke rumah tersebut yang terletak 28 kilimeter dari selatan Atlanta dan menetap disitu bersama bapanya, Gregory Jean, 37 dan ibu tirinya.
"Empat tahun lepas ibu kanak-kanak tersebut telah membuat laporan tentang kehilangan anaknya itu kepada badan kebajikan kanak-kanak dan tiada laporan polis dibuat kerana status anaknya adalah tidak sah dan di anggap pendatang menyebabkan kami tidak bertindak apa-apa sebelum ini."
"Remaja tersebut telah dikurung oleh bapanya di dalam dinding buatan dibelakang sebuah almari menyebabkan dia tidak tahan dan terus menghubungi ibunya" Kata Kevin lagi.
Ibu mangsa yang mendapat panggilan itu telah terperanjat dan terus menghubungi pihak polis mengenai kejadian tersebut.
Pihak Polis Clayton County yang menerima panggilan itu telah bergegas ke alamat ayng diberi dan telah menjumpai kanak-kanak tersebut yang disorok didalam dinding di belakang almari.
Menurut anggota polis yang menyerbu kediaman tersebut, Joanne Southerland, mangsa tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa setelah ditemui dan memeluk erat ibunya begitu lama mungkin kerana terlalu rindukan ibunya.
Bapa mangsa, ibu tiri dan tiga orang lain yang menghuni rumah tersebut telah ditahan kerana bersubahat dalam hal tersebut.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini