Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suhakam kesal kerajaan kekalkan Akta Hasutan

No Comment


SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kesal dengan pengumuman kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan mengukuhkannya dengan peruntukan tambahan.

Pemangku Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, keputusan itu tidak memberi gambaran baik kepada negara yang akan menyandang dua jawatan penting antarabangsa menjelang Januari 2015 iaitu sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pengerusi Asean.

"Walaupun Suhakam memahami keseimbangan antara kebebasan dan keselamatan dan mengakui kebebasan bersuara mungkin tertakluk kepada sekatan ketat seperti yang ditetapkan undang-undang, sebarang sekatan mesti seimbang, berkadar, jelas dan adil.

"Sekatan itu harus mematuhi norma antarabangsa mengenai hak kebebasan bersuara dan berucap," katanya.

Menurutnya, memandangkan Akta Hasutan tidak direka bagi tujuan mempromosi, memupuk dan mengekalkan keamanan serta keharmonian negara, Suhakam mengulangi pendirian Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan menggantikan Akta Hasutan.

Beliau berkata, semua undang-undang atau pindaan undang-undang sedia ada seperti yang diumumkan mestilah tertumpu kepada semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, dan prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

Katanya, ia perlu mengambil kira realiti globalisasi dimensi baharu terhadap kebebasan bersuara melalui internet dan media sosial.-Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli