Vivo telah merasmikan telefon pintar X5 Max yang kini secara rasminya menjadi telefon pintar paling nipis di dunia dengan ketebalan 4.75mm.
Untuk rekod, X5 Max telah mengambil takhta Oppo R5 sebagai telefon ternipis dengan perbezaan sebanyak 0.1mm sahaja.
Vivo X5 Max didatangkan dengan skrin 1080p Super AMOLED yang bersaiz 5.5 inci.
Telefon dwi-sim ini menyokong dua jenis sim iaitu sim jenis nano dan micro. Lebih menarik, slot sim micro yang didatangakan bersama telefon ini boleh bertukar menjadi slot kad memori. Ini bermakna, jika anda tidak mahu menggunakan slot kad sim micro, anda boleh meletakkan kad memori microSD di situ.
Vivo X5 Max dilengkapi dengan kamera 13MP Sony IMX214 selain dengan kamera hadapan 5MP.
Selain itu ia turut dilengkapi dengan cpu Snapdragon 615, 2GB RAM dan memori dalaman sebanyak 16GB. - Siakapkeli.com.my