Bagi kanak-kanak 90-an, rancangan teletubies sudah tentu menjadi antara rancangan televisyen kegemaran mereka ketika kecil. Setiap kali rancangan untuk kanak-kanak itu bersiaran pasti watak matahari yang menggunakan wajah bayi akan ditampilkan dalam rancangan itu.
Siapa sangka, kini bayi tersebut sudah pun berusia 19 tahun dan kini sudah bergelar seorang wanita. Jess Smith bagaimanapun berjaya melindungi 'rahsianya' dari orang ramai setelah sekian lama.
Tetapi, Jess Smith, yang kini salah seorang pelajar di Universiti Canterbury Christ Church telah mendedahkan rahsianya itu melalui Facebook setelah sekian lama. Menurut Jess Smith, dia berbuat demikian setelah dia menerima cabaran dari rakan-rakannya dalam satu permainan yang memerlukannya mendedahkan satu rahsia mengenai dirinya.
Jess Smith |
"Sayalah matahari dari Teletubbies" - katanya lagi.
"Memang ada beberapa orang yang cuba menyamar sebagai matahari tersebut, tapi apa yang saya ceritakan adalah perkara sebenar" - tambah Jess.
Jess hanya dibayar sebanyak £250 berserta satu kotak mainan bagi rakaman wajahnya ketika senyum dan gelak ketika ayahnya, Bill, mengagahnya dengan patung beruang. - Siakapkeli.com.my