30 Mayat Mangsa QZ8501 Telah Berjaya Ditemui
KUALA LUMPUR: Pihak Pencari dan Penyelamat (SAR) setakat petang semalam telah berjaya menemui 30 orang mayat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 yang telah memasuki hari ketujuh hari ini.
Menurut Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata semalam pihak mereka telah menemui duam maya baru yang terikat di kerusi penumpang.
"Penemuan dua mayat baru telah menjadikan jumlah keseluruhan mayat uang berjaya dijumpai adaah 30 orang dengan 10 daripadanya telah di tebangkan ke Surabaya untuk proses pengecaman dan diserahkan kepada keluarga mangsa apabila selesai proses pengecaman," katanya.
Beliau memeberitahu bawaha operasi pencarian akan diperluaskan kepada 1,575 batu nautika, dengan kekuatan 29 buah kapal dan 17 buah pesawat mencari di kawasan operasi.
"Terdapat dua tugasan penting, pertama untuk mencari bahagian badan pesawat yang paling besar.
"Kedua, mencari lokasi kotak hitam, atau perakam pesawat, yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, yang memulakan kerja mereka hari ini."
Ketua jawatankuasa itu mengesahkan bahawa 40 penyelam, termasuk 20 pakar laut dalam, tiba Jumaat dari Rusia untuk membantu operasi itu.
Operasi pencarian dan menyelamat setakat ini menghadapi masalah apabila arus laju yang membawa ombak besar beserta kelajuan angin yang kaut menyukarkan operasi pencarian pesawat itu.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini