Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adik mati ditembak abang ketika bermain 'polis lawan pencuri'

No Comment


Seorang remaja berusia 15 tahun menembak mati adiknya yang berusia 13 tahun ketika bermain ‘polis dan Pencuri’ di kediaman mereka pada Isnin, menurut pihak berkuasa.

Memetik laporan dari portal berita Msn.news, pasangan dua beradik itu menemui pistol milik bapa mereka di kediaman mereka di Minnesota sebelum merancang untuk bermain.

Polis dan paramedik bergegas ke kediaman mereka sebaik sahaja menerima panggilan daripada remaja berkenaan yang mengatakan adiknya mengalami pendarahan dan tidak sedarkan diri.

Menurut pihak berkuasa, kedua beradik itu berada di rumah bersama seorang adik perempuan mereka yang berusia 11 tahun.

“Kedua mereka menemui pistol ayah mereka yang tidak berpeluru di rumah mereka. Kemudian mereka menemui peluru yang disimpan dibahagian lain. Salah seorang daripada mereka mengisi peluru dalam pistol itu dan mula bermain.

“Semasa mengejar adiknya, abangnya melepaskan satu das tembakan ke bahagian dada adiknya, menyebabkan budak lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya lagi.

Adik perempuan mereka bagaimanapun tidak menyaksikan kejadian tersebut.

Polis menyifatkan insiden ini sebagai kemalangan dan tiada tangkapan dibuat. – Sinar
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli