Akhbar Berita Harian, Harian Metro Dan News Straits Times
KUALA LUMPUR: Pihak Kumpulan NST Press (M) Bhd hari ini telah mengumumkan harga baru bagi akhbar keluaran mereka iaitu Berita Harian, Harian Metro Dan News Straits Times bermula tahun baru hari ini.
Menurut Ketua Pengarang Kumpulan NST Press (M) Bhd, Abdul Jalil Hamid, harga NST dan New Sunday Times telah dinaikkan 30 sen dari RM1.20 ke RM1.50, manakala harga Berita Harian dan Harian Metro telah dinaikkan dari RM1.50 ke RM1.80.
Selain itu di Sabah dan Sarawak pula, harga NST dan New Straits Times adalah RM2 selepas dinaikkan 20 sen, dan harga Harian Metro di Sabah dan adalah RM2 selepas dinaikkan 50 sen.
Kenaikan harga ini bagaimanapun tidak melibatkan BH Ahad dan Metro Ahad untuk seluruh negeri di Malaysia.
“Kali terakhir harga dinaikkan adalah lima ke sebelas tahun yang lepas. Kami telah cuba untuk membendung kos. Kos akhbar, contohnya, telah meningkat 10 peratus dalam 10 tahun.
“Oleh yang demikian, pelarasan harga adalah perlu kerana kos meningkat,’ katanya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini