Kerajaan Negeri Selangor Tambah RM 5 Juta Bantu Banjir 4 Buah Negeri
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah menambah bantuan baru sebanyak RM 5 Juta untuk membantu mangsa banjir di empat buah negeti iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.
Selangor sebelum ini telah mempertuntuk RM 1.5 juta untuk bantuan banjir dan menambah peruntukan untuk mambaiki kerosakan rumah mangsa banjir di empat buah negeri tersebut.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan yang diberikan itu adalah sumbangan dari syarikat-syarikat GLC dan sektor swasta di negeri tersebut.
“Sumbangan ini bagi membantu penduduk terjejas khususnya keluarga miskin membaiki dan membina kediaman masing-masing yang rosak akibat banjir.”
"Jumlah kutipan sebenar akan diumumkan pada 2 Januari ini, namun kutipan sudah dimulakan sejak beberapa hari lalu dan dijangka bertambah ekoran sikap prihatin pihak terlibat." katanya yang ditemui media di Program Malam Generasi Idaman Selangor (GeMS) Berdoa Untuk Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini