Menteri Besar Kelantan Minta Semua Surau Dan Masjid Adakan Solat Hajat
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini menyeru kepada semua jeaah surau dan masjid di Negeri Kelantan agar mengadaka solat hajat tolak bala memandang keadaan negeri itu sedang teruk dilanda bencana banjir.
Dalam hal ini beliau telah berpesan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, guru al-Quran dan guru pondok agar dapat menjadi kepala untuk memulakan solat hajat tersebut.
"Saya menyeru kepimpinan dan rakyat memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi."
"Musibah banjir ini adalah ujian Allah yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah," Katanya.
Dilaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 22,259 orang petang ini berbanding 20,709 tengah hari tadi-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini