Pas Bersedia Untuk Menilai Semula Tahaluf Siyasi Kerana Tindakan DAP Terus Tentang Hudud
KOTA BHARU: Pas hari ini telah menyatakan kesediaan untuk menilai semula tahaluf siyasi yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tidakan DAP yang terus dilihat menentang hasrat Pas untuk melaksanakan hudud.
Menurut Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob, tahaluf siyasi ini boleh dinilai semula sekira terdapat tindakan yang bakal menimbulkan ketegangan anatar parti di dalam Pakatan Rakyat.
“Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.
“Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik), di sini, hari ini.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan tahaluf siyasi kini ‘koyak’ setelah DAP berterusan menghalang pelaksanaan hudud.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini