Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengantin Nama Panjang: Hanya Sekali akad Nikah

No Comment


Masih ingatkah anda tentang satu artikel yang kami kongsikans sebelum ini yang menjadi viral di laman sosial tentang sekeping kad jemputan kahwin yang pengantin perempuannya yang mempunyai nama yang panjang?

BACA: Apa Perasaan Pengantin Lelaki Ini Hendak Lafaz Akad Nikah Nanti Sebab Nama Bakal Isterinya?

Nama panjang buka penghalang sebenarnya bagi si suami apabila berjaya akad nikah hanya dengan sekali lafaz dan sudah sah bergelar suami isteri dengan pasangan tercinta.


Kamalrrudin Ahmad, 31, membuktikan dia 'tidak gentar'  untuk melafazkan nama isterinya Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18, sebelum sah menjadi pasangan suami isteri.

Meskipun nama isterinya panjang dia tidak mengangap itu sebagai masalah dan beliau ternyata lancar menyebutnya.

"Ramai juga kenalan yang bertanya bagaimana saya akan menyebut nama isteri dengan sekali lafaz akad nikah.

"Bagi saya, itu semua tiada masalah kerana saya berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung," katanya.

Beliau menyatakan rasa bangga kerana nama panjang yang dimiliki itu adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang Islam.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli