Kuala Lumpur : Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan perintah ekstradisi untuk membawa pulang Sirul Azhar Umar.
Memetik laporan dari Sydney Morning Herald, permohonan oleh kerajaan itu tidak boleh dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati keatas Sirul Azhar Umar.
Menurut laporan yang memetik kenyataan dari Jabatan Penguam Negara Australia itu lagi, permohonan itu hanya akan dipenuhi oleh Australia sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati keatas bekas anggota elit polis itu.
“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” memetik petikan laporan tersebut yang dialih bahasa oleh Malaysiakini.
Untuk makluman umum, Australia merupakan sebuah segara yang tidak memperuntukkan hukuman mati di dalam undang-undangnya.
Sirul Azhar |
Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu. - Siakapkeli.com.my