Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Kembar Siam Tolak Tawaran Lembaga Zakat Selangor

No Comment
Ahmad (kanan) dan Muhammad bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hujung tahun ini dan bersekolah di Tingkatan Lima SMK USJ 23, Subang Jaya. - foto mStar Online.

PETALING JAYA: Rosli Abdul Rahim, bapa kepada pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, tetap menolak tawaran Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk memberi bantuan zakat kategori asnaf fakir dan miskin kepada keluarganya.

Menurut lelaki berusia 44 tahun itu, tawaran tersebut ditolak bukan kerana 'sombong' tetapi merasakan lebih ramai lagi keluarga yang layak menerima bantuan itu berbanding mereka.

"Saya tak nak terima bantuan itu (asnaf fakir miskin)... bukan saya sombong tapi saya rasa ada yang lebih susah daripada kami. Berikanlah kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya kepada mStar Online.

Tawaran yang pernah diberikan LZS kepadanya sebelum ini juga ditolak dengan alasan sama, malahan tambah Rosli, beliau tidak mahu ia disalahguna untuk perkara yang tidak sepatutnya.

"Wang zakat ini membabitkan urusan kita dengan Allah, jadi ia tidak boleh digunakan sesuka hati. Lebih baik saya terima bantuan yang sememangnya diperlukan oleh kedua-dua anak saya itu sahaja," katanya.

Jelas Rosli, beliau masih lagi mampu menyara makan dan minum keluarga besarnya itu menggunakan kudrat yang masih kuat sehingga hari ini.

"Saya masih boleh menyara keluarga. Syukur kerana saya masih diberi kesihatan yang baik. Sekiranya saya sakit, itu lain ceritalah," katanya.

Gambar Rosli bersama Ahmad dan Muhammad yang dirakamkan beberapa tahun lalu.

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli