CyberSecurity Malaysia telah mengeluarkan satu makluman berbentuk nasihat mengenai "Ransomware".
Ransomware merupakan sejenis malware yang menjangkiti komputer dan menyekat akses ke dalam sistem dan sejumlah wang akan diminta kepada pengguna atau pemilik komputer tersebut bagi membuka kembali akses kepada sistem tersebut.
Setelah komputer dijangkiti malware ini, satu masej memeras ugurt akan dipaparkan menerusi satu menu popup yang timbul pada skrin.
Pada menu tersebut akan menyatakan bahawa komputer anda telah dikunci atau semua fail dalam komputer telah ditutup akses dengan sesuatu kod dan kemudian meminta pembayaran tebusan bagi memulihkan kembali akses komputer.
Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata dalam satu kenyataannya pada Sabtu, "Pencipta Ransomware ini meletakkan ketakutan dan kepanikan ke atas mangsa, menyebabkan mereka memetik pautan tersebut atau membayar tebusan dan ini menyebabkan mereka terkena virus tambahan yang lain,"
Malware ini akan disasarkan kepada pengguna kediaman dan perniagaan. Kesannya boleh menyebabkan kehilangan sementara atau kekal maklumat sensitif atau dikumen pemilikan. gangguan ke atas operasi perniagaan, kerugian kewangan yang ditanggung akibat pemulihan sistem dan fail, serta kemudaratan kepada reputasi sesebuah organisasi.
Sekirnya komputer anda dijangkiti malware ini dan menerima mesej Ransomware, anda dinasihatkan tidak mengikut arahan malware tersebut sebaliknya terus membuat laporan kepada pusat bantuan Cyber 999. - Siakapkeli.com.my