Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Empat Anak Muda Kongsi Pengalaman Menarik Dalam CoC

No Comment

Perlu fokus dan bijak merancang strategi peperangan. HAZRIL MDNOR akui itulah rencah utama aplikasi permainan Clash of Clans yang kini popular di serata dunia.

Dulu, aplikasi permainan di telefon pintar hanya dijadikan sebagai hiburan semata-mata, bahkan ia tidaklah mendapat sambutan hangat seperti yang berlaku sekarang. Clash of Clans ataupun COC yang berkonsepkan pertahanan kubu dan peperangan membabitkan sistem askar bagaimanapun mendapat sambutan memuaskan di seluruh dunia tidak mengira peringkat umur, sekali gus melonjakkan populariti aplikasi 'game' di telefon pintar.

Business Insider melaporkan, aplikasi COC yang diwujudkan sejak tahun 2012 kini mampu mengumpul sebanyak AS$1.5 juta (RM5.4 juta) sehari, manakala laman web Forbes pula melaporkan seramai 8.5 juta pemain yang aktif setiap hari. COC boleh dimuat turun di pelantar Android dan IOS dan di komputer menggunakan aplikasi Bluestack.

Menariknya, jumlah pemain yang pernah muat turun aplikasi ini menerusi PlayStore saja sudah mencecah angka 100 juta, cukup mengejutkan.

Secara ringkasnya, aplikasi permainan Clash of Clans berkisarkan pada kebijaksanaan pemain melindungi 'town hall' iaitu pusat utama yang perlu dijaga rapi. Kebiasaannya, bangunan itu diletakkan di tengah kawasan yang diberikan dan turut hadir bersama adalah pagar untuk melindung setiap 'town hall' dengan berkesan.

Setiap 'town hall' yang dinaik taraf menawarkan bangunan pertahanan baru manakala pada peringkat ketujuh dan kesembilan, pemain akan dianugerahkan 'heroes' seperti 'Barbarian King' dan 'Archer Queen'.

Lebih menarik apabila permainan ini juga menyediakan sistem pertahanan untuk setiap kubu seperti pembuatan meriam, menara pemanah dan sebagainya. Pemain perlu cekap mengatur setiap bangunan dan pagar dengan teliti agar tidak mudah dihancurkan pihak lawan.

Untuk menaik taraf sesuatu bangunan, pemain perlu menyerang pihak lawan melalui sistem carian. Proses menaik taraf juga menggunakan sistem masa dan setiap bangunan memerlukan masa yang berbeza untuk habis dibina bergantung pada peringkat. Proses ini membabitkan penggunaan pekerja dan setiap pemain hanya dibekalkan sebanyak lima pekerja. Jika tidak mampu menunggu lama, pemain boleh menggunakan 'gems' untuk mempercepatkan proses naik taraf.

Setiap kubu yang dijumpai dalam proses carian menawarkan sumber yang berbeza, bergantung pada kekerapan pemain mengumpulkan sumber yang disimpan dalam tempat penyimpanan emas, 'elixir' dan 'dark elixir'.

Pemusnahan setiap bangunan akan memberikan markah kepada pemain dan apabila mencecah kepada 50 peratus tahap kerosakan, pemain memperoleh satu bintang.

Bintang kedua diperoleh apabila 'town hall' berjaya dihancurkan manakala tiga bintang hanya dimiliki selepas pemain menghancurkan keseluruhan kubu pihak lawan, menandakan 100 peratus kehancuran.

Perlu diketahui, rencah utama yang membuatkan sesuatu permainan itu begitu popular pastinya corak permainannya yang tersendiri dan unik.

COC cukup menonjol terutama apabila membabitkan sistem askarnya yang menggalakkan pemain melakar pelbagai strategi peperangan. Sebagai contoh, sistem askar terbahagi kepada empat peringkat.

Pada peringkat pertama, askar terdiri daripada pemanah, pahlawan dan juga 'goblin'. Peringkat kedua pula menampilkan askar lebih hebat iaitu gergasi, pemecah dinding, belon dan juga ahli sihir. Peringkat ketiga mengumpulkan askar paling kuat yang dilatih menggunakan 'elixir', sejenis sumber berwarna merah jambu yang diperoleh apabila menyerang pihak lawan. Askar seperti naga, 'healer' dan 'pekka' merangkul gelaran askar terkuat dan paling mahal.

Uniknya, terdapat juga askar istimewa yang dilatih menggunakan 'dark elixir'. Sumber ini agak sukar diperoleh berbanding sumber lain seperti emas dan 'elixir' kerana setiap pemain akan melindunginya dengan kawalan ketat tanpa membiarkan pemain lain meragutnya dengan sewenang-wenangnya. Tidak dilupakan sistem peperangan bersama puak lain yang mengumpulkan lima hingga 50 pemain untuk bertanding siapa yang lebih kuat dan handal mengatur strategi permainan.



Apakah tahap keseronokan yang diperoleh sewaktu bermain 'game' ini? Penulis mendapatkan empat anak muda yang sudi berkongsi pengalaman menarik mereka sepanjang pembabitan dalam aplikasi permainan ini.

Muhammad Naim Rosli, 22 tahun

"COC ini bukan saja seronok dan santai, tetapi juga melakarkan kenangan yang lucu. Teringat lagi detik dalam clan war di mana saya menyerang pihak musuh dan hanya memperoleh satu bintang. Malu pun ada kerana itu adalah pengalaman pertama menggunakan pasukan yang terdiri daripada naga, tetapi masih tidak berupaya menghancurkan kubu pihak musuh dengan mudah," katanya.

Muhammad Amirul Afiq Khairul, 22 tahun

"Sama juga seperti 'game' lain, COC memerlukan kerjasama antara rakan sepasukan terutamanya apabila membabitkan clan war. Sistem unik dalam 'game' ini membolehkan saya berbincang mengenai strategi perlawanan dan tip lain yang berguna sebelum tibanya hari peperangan. Lagipun, kehadiran rakan-rakan yang turut sama bermain boleh mengundang gelak tawa dan eratkan silaturahim," katanya.

Khairul Ikhwan Abdul Rahman, 21 tahun

"Teringat lagi saat lucu dalam COC yang mencuit hati saya. Sebelum Clan War bermula, saya sudah kaji kubu pihak lawan dan menyediakan pelbagai jenis askar untuk menyerang. Cukup yakin boleh memperoleh tiga bintang, tetapi apakan nasib sewaktu menyerang, tiba-tiba telefon saya terpadam dan kawan-kawan pula menyalahkan perbuatan saya itu. Cukup kelakar.

Nurhafizah Apandi, 20 tahun

"Sepanjang pengalaman saya bermain COC, ternyata penuh dengan keseronokan lebih-lebih lagi bersama kehadiran rakan. Bagi saya, bukan saja lelaki, tetapi perempuan juga boleh turut serta. Makin ramai makin seronok pula kerana masing-masing dapat menunjukkan keunikan susunan 'base' dan setiap darinya menampilkan bentuk berbeza.

Sumber: myMetro online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli