SHAH ALAM - Hujah yang digunakan untuk menjatuhkan hukum haram terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak boleh digunakan kerana mengambil kira pentadbiran Sayidina Umar Al-Khattab yang turut mengamalkan sistem percukaian.
Yang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengenakan cukai terhadap orang Islam adalah ditolak.
“Ini kerana Saidina Umar sendiri yang mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai.
“Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara Khulafa al-Rasyidin,” katanya.
Beliau berkata demikian merujuk satu kenyataan viral di internet mengenai pandangan seorang ustaz yang mengatakan GST adalah haram berasaskan hujah cukai yang dikatakan haram dari sudut agama Islam.
Menurutnya, pandangan ustaz tersebut tidak boleh diambil kira kerana ulama mempunyai perbezaan pandangan dalam keempat-empat mazhab.
“Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh (kenakan cukai). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali kata boleh, jika ada maslahat.
"Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahli syura, pakar, penasihat yang jujur lagi amanah, maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya,” jelasnya.-Sinar Harian
Video: “Sheikh Nuruddin Kata Cukai GST Haram Dikenakan Keatas Umat Islam” ─ Ustaz Fawwaz MD Jan
mmg betul, ada ulama yg alim kene hukum sebab mengeluarkan fatwa tidak boleh dikenakan cukai ke atas rakyat sedangkan para menteri sedang bermewah2. Perkara pertama yg harus dilakukan adalah, memotong kesemua gaji menteri2. Jika tidak cukup, jual segala aset harta pemimpin. jika tidak cukup hendaklah menjual aset negara. jika tidak cukup juga, barulah minta pafa rakyat. perbuatan Dr. Asyraf ini lebih kepada membodek dan cuba menunjuk pandai
BalasPadammmg betul, ada ulama yg alim kene hukum sebab mengeluarkan fatwa tidak boleh dikenakan cukai ke atas rakyat sedangkan para menteri sedang bermewah2. Perkara pertama yg harus dilakukan adalah, memotong kesemua gaji menteri2. Jika tidak cukup, jual segala aset harta pemimpin. jika tidak cukup hendaklah menjual aset negara. jika tidak cukup juga, barulah minta pafa rakyat. perbuatan Dr. Asyraf ini lebih kepada membodek dan cuba menunjuk pandai
BalasPadam