Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Satu Maut, 48 Cedera di Filipina

No Comment


ZAMBOANGA - FILIPINA. Sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh manakala 48 yang lain cedera selepas satu letupan kuat menggegarkan sebuah kawasan komersial di selatan Mindanao, kelmarin.

Saksi memberitahu polis, kejadian berlaku pukul 3 petang (waktu tempatan) dan berpunca daripada sebuah kenderaan yang dipercayai sarat dengan bahan letupan.

Impak letupan turut memecahkan beberapa cermin bangunan berhampiran lokasi kejadian.

"Kami percaya letupan berpunca daripada bom kereta. Serangan itu berlaku di hadapan sebuah pub yang terletak berhampiran  dengan terminal bas," kata jurucakap polis, Angelito Casimiro, semalam.

Sementara itu, Datuk Bandar Zamboanga, Maria Isabella Climaco mendakwa letupan tersebut didalangi puak pemisah Abu Sayyaf.

Menurut Climaco, serangan dilakukan bagi mendesak pembebasan 57 anggotanya yang ditahan di sebuah penjara di tengah bandar tersebut.

"Ini satu peringatan bahawa kita perlu memindahkan 57 tahanan terbabit ke penjara lain bagi memastikan bandar ini tidak lagi menjadi sasaran serangan," katanya. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli