Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video:Guru Didakwa Memaksa Pelajar Terjun Ke Dalam Kolam Renang Sehingga Menyebabkan Kecederaan

No Comment


California: Seorang guru pendidikan jasmani di Sekolah Bersepadu Daerah Stockton, telah didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan 14 tahun selepas memaksa pelajar itu terjun ke dalam kolam semasa kelas Pendidikan Jasmani

Beliau yang sedang bercuti terkejut apa videonya memaksa pelajar tersebut dengan kasar telah dirakam oleh pelajar lain telah dimuat naik ke internet.

Denny Peterson, telah yang sudah 10 tahun bekerja di sekolah tersebut dilihat sedang memaksa seorang pelajar dengan kasar di dalam satu rakaman video yang berdurasi 95 saat. Dalam video itu beliau dilihat menggunakan sepenuh kekuatanya untuk menarik gadis tersebut ke dalam kolam renang di Sekolah Tinggi Edison.


Menurut Gilbert Somera, peguam yang mewakili gadis tersebut berkata. "Tindakan yang dilakukan di dalam kelas tersebut adalah sesuatu yang menjijikkan dan keji kerana menarik seorang remaja perempuan dengan begitu kasar sekali walaupun gadis itu berkali-kali merayu dengan berkata 'jangan jatuhkan saya ke bawah,' "

Peterson yang bercuti bergaji selama sebulan itu telah menerima sebarang kemungkinan didakwa kerana perbuatannya itu. Beliau yang akan mulakan tugas pada hari khamis ini bagaimanapun telah di gantung kerja oleh pihak sekolah sehingga kes tersebut selesai.

Dalam kejadian itu gadis tersebut telah dipaksa dengan kasar kerana tidak mahu terjun dalam kolam untuk mengelakan rambutnya rosak kerana beliau mempunyai majlis penting pada hari yang sama.

Somera berkata guru tersebut mempunyai pelbagai cara lain untuk menghukumnya tetapi bukan dengan kekerasan yang boleh membawa kecederaan.Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli