Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PKR Bantah Kerajaan Hapus Subsidi Minyak



SHAH ALAM, 22 Nov - Walaupun PKR sebelum ini menggesa kerajaan menurunkan harga minyak sebelum ini namun mereka membantah tindakan kerajaan menghapuskan subsidi bagi minyak RON95 dan diesel bermula 1 Disember ini.

Baca : Subsidi bagi RON95 dan Diesel Dihapuskan Bermula 1 Disember

Setiausha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata penghapusan subsidi petrol dan diesel akan menyebabkan keseluruhan kekayaan hasil minyak akan dibolot oleh kerajaan.

“Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang diguna pakai selama berpuluh tahun, sebahagian daripada kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh kerajaan.

“Penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku dalam pentadbiran kerajaan,” memetik laporan dari Sinar Harian.

Menurut Rafizi lagi, lebih adil untuk rakyat sekiranya syarikat-syarikat minyak sendiri yang menetapkan harga bagi RON95 dan diesel.

“Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk beli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli