Springfield: Pelajar di Illinois diwajibkan memberi kata laluan untuk akaun Facebook masing-masing melalui suatu undang-undang baru diluluskan di negeri itu.
Mendakwa ia dibuat sebagai cara menghentikan amalan pembuli siber, ia berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Melalui undang-undang itu, pelajar mesti mendedahkan kandungan dalam akaun Facebook masing-masing jika pihak sekolah percaya mereka melanggar polisi penggunaan media sosial.
Namun, ibu bapa pula berasa bimbang jika peruntukan itu digunakan suatu hari nanti.
Seorang ibu, Sara Bozarth berkata, tiada masalah jika pihak menuntut melihat kandungan akaun Facebook seseorang.
“Tetapi menyerahkan kata laluan dan maklumat peribadi kepada pihak sekolah, ia tidak boleh diterima,” katanya.
Sementara itu pengetua sebuah sekolah berkata, setakat ini tiada mana-mana pelajar diminta menyerahkan kata laluan akaun.
“Ia dilaporkan di luar konteks sebenar,” katanya.
Pada Mac tahun lalu sekolah di Minnesota diperintah membayar AS$70,000 (RM252,190) dalam penyelesaian luar mahkamah selepas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diminta menyerahkan kata laluan akaun Facebooknya. - Agensi