Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hyundai Perkenalkan Aplikasi Yang Boleh Menghidupkan Enjin Kereta Guna Smartwatch

No Comment


Korea, 3 Jan - Berita baik bagi peminat dan pemilik kereta Hyundai. Hari ini Hyundai telah memperkenalkan satu versi baru aplikasi Blue Link yang membolehkan pemilik kereta Hyundai menghidupkan kenderaan mereka dari Smartwatch.

Aplikasi itu akan memberikan pemilik kereta Hyundai kebolehan untuk mengakses kereta mereka dari tangan pemilik. Dengan aplikasi ini, pemilik kereta keluaran Korea ini boleh menghidupkan enjin, mematikan enjin, kunci dan buka pintu kereta dan mengawal lampu kenderaan mereka.

Selain itu, pemilik kenderaan juga boleh mengesan dimanakah kenderaan mereka berada selain meminta bantuan melalui aplikasi tersebut.



Menurut Hyundai, aplikasi Blue Link ini sudah mula diperkenalkan pada 2012 lagi dan kini sudah boleh didapati pada di beberapa model kereta Hyundai tahun 2015 seperti Sonata, Genesis dan Azera. Syarikat itu akan memperkenalkan aplikasi itu secara meluas pada Consumer Electronics Show pada minggu hadapan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli