Indonesia Turunkan Harga Minyak, Harga Tambang Bas dan Teksi Ikut Turun.
JAKARTA: Penurunan harga minyak yang telah di umumkan oleh pemerintah Indonesia berkuatkuasa isnin ini telah betu-betul memberi satu berita baik kepada penduduknya apabila dikatakan seiring dengan penurunan harga minyak itu, tambang pengankutan awam di negara terebut turut turun.
Tidak seperti di negara kita kerana penurunan harga minyak masih tidak membari kesan terhadap harga barang dan tambang kenderaan awam, kerana masih belum terdengar sebarang penurunan berikutan penurunan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Penurunan itu akan melibatkan bas awam dan teksi di Indonesia yang akan diselaraskan dengan kadar baharu harga bahan bakar.
Menurut jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta, operator bas terkenal, Metro Mini dan Kopaja Kompak selain teksi bermeter pada Sabtu bersetuju untuk mengurangkan tambang terhadap penumpang mereka.
Mereka teah mengadakan perbincangan lanjut tiga mata dengan pengusaha dua persatuan pengusaha pengangkutan awam iaitu Organisasi Angkutan Darat (Organda) dan Dewan Transportasi Kota Jakarta bagi menurunkan tarif tambang perjalanan.
“Saya kira akan ada penyesuaian kadar dan penurunkan kos pasti berlaku kerana kejatuhan harga minyak kali ini agak signifikan namun kita belum tahu bila tetapi berharap dapat dibuat dalam masa terdekat,” kata jurucakap jabatan di Balai Kota DKI Jakarta.
Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo pada juamaat lalu teah mengumumkan harga minyak petrol daripada 7,600 rupiah (RM2.15) kepada 6,600 rupiah (RM1.87) manakala diesel diturunkan daripada 7,250 rupiah (RM2.05) kepada 6,400 rupiah (RM1.81).
Penurunan tersebut adaah kali kedua selepas Jokowi pernah berbuat demikian 1 Januari lalu berdasarkan kepada kadar premium perhitungan harga tong terbaharu yang ditetapkan pasaran Mean of Plats Singapore akhir tahun 2014.
Sebelum ini Jokowi pernah diselar kerana telah menaikkan harga minyak semasa mengambil alih tampuk pemerintahan dari mantan Presiden sebelum ini Susilo Bambang Yudhoyono yang menyaksikan rekod tertinggi harga minyak dalam sejarah Indonesia dengan kenaikan 30%.
Pemimpin republik tersebut terpaksa bertindak mengurangkan subsidi sekali gus mengakibatkan harga runcit petrol pada waktu itu juga naik menjadi 8,500 rupiah (RM2.40) manakala diesel pula mencecah 7,500 rupiah (RM2.12).- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini