Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jet Kerajaan Didakwa Bakar Minyak Hampir RM500K

No Comment


Pemuda PKR (AMK) membuat dakwaan kos minyak pesawat VIP kerajaan yang didakwa terbang ke pelbagai tempat sebelum ini telah menelan belanja hampir RM500,000.

Menurut Lee Chean Chung, RM 493.304 telah dibelanjakan untuk mengisi 64,232.36 gelen minyak. Menurutnya lagi kiraan itu dibuat berdasarkan harga RM7.68 bagi segelen minyak jet.

Lee turut menambah, kos itu tidak termasuk upah juruterbang, kos pendaratan, kos parkir, kos penyimpanan, kos tanjakan pesawat dan juga kos penyelenggaraan jet.

AMK juga turut mempersoalkan siapa yang akan menanggung kos terbabit selain dari menegaskan nilai itu boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir di negara ini.

Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan untuk membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada para mangsa banjir.

“Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir,” katanya memetik laporan dari Malaysiakini.

Sebelum ini, Tokoh wartawan Datuk A Kadir berkata dia mendapat penjelasan dari pegawai Najib yang mengatakan jet itu ditinggalkan di AS selepas mengalami isu teknikal.

Menurut Kadir juga, penjelasan itu juga ada menyatakan jet itu tidak ditinggalkan bagi tujuan kegunaan keluarga Perdana Menteri atau dibawa ke Indianpolis.

Jet yang membawa Perdana Menteri ke Hawaii untuk bermain golf bersama bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama itu dilaporkan pulang ke Malaysia malam tadi, menurut sistem pengesanan penerbangan Flightradar24.

Perdana Menteri bagaimanapun pulang ke Malaysia pada 27 Disember lepas ekoran banjir besar yang melanda negara ini tetapi kepulangan Perdana Menteri menjadi isu kerana pulang bersama jet yang berbeza.

Menurut laporan dari Malaysiakini itu lagi, pesawat itu dilapor ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai dan akhirnya Bangkok tanpa Najib.- Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli