Jurugambar Rakam Siri Foto Lucu ‘Kehidupan Ibu’ Bersama Anaknya
Kebiasaannya, ibu bapa yang ingin mengabadikan gambar foto keluarga mereka akan dilakukan di dalam posing-posing yang menarik, di taman-taman dan ketika bercuti. Namun, apa cara yang digunakan oleh seorang juru gambar sambilan, Anna Angenend, 23, dari San Antonio, Texas sangat berbeza.
Siri foto yang berjudul ‘Kehidupan Ibu’ dapat didokumenkan di rumah mereka dengan menjadikan anak perempuannya, Mia, yang berusia 2 tahun sebagai subjek utama.
Anna dan suaminya, Ryan, berkahwin pada usia 19 tahun dan menganggap Mia sebagai satu keajaiban dalam kehidupan mereka.
“Berada di rumah 24 jam sehari bersama-sama dengan anak kecil memberi begitu banyak inspirasi untuk saya.
“Sesi fotografi pertama yang saya lakukan begitu menyeronokkan, jadi saya terus melakukannya.
“Mia hanya melalui zaman kanak-kanaknya sekali sahaja dan saya mahu memberikan yang terbaik untuknya,” katanya. - Siakapkeli.com.my
Kehidupan Ibu
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini