Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kami Tidak Pernah Menggunakan Perkataan Menuntut Kerana Sabah Adalah Milik Kami - Esmail Kiram ll

No Comment


Sultan Esmail Kiram II yang mendakwa dirinya sebagai waris kesultan Sulu mengisytiharkan adiknya, Datu Phugdal Kiram akan memegang gelaran Raja Muda salasilah Kesultanan Sulu.

Esmail mengumumkan bahawa Phugdal, 68, dipilih berdasarkan undang-undang Kesultanan itu mengenai penggantian yang menetapkan bahawa calon mestilah mempunyai keturunan langsung daripada Sultan Sharif ul-Hashim, Sultan Sulu yang pertama.

Phugdal akan mengambil alih gelaran Raja Muda yang dipegang oleh abangnya, Allahyarham Azzimudie Kiram, 74 yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Januari lalu.

Azzimudie mengetuai pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Kampung Tanduo di Felda Sabah 17 berhampiran Lahad Datu, Sabah, pada Februari 2013 yang membawa kepada pertempuran berdarah.

Selain itu, menurutnya Datu Alianiapa tidak dinamakan untuk mengambil alih gelaran daripada Azzimudie kerana di bawah undang-undang penggantian Kesultanan Sulu, Phugdal adalah lebih tua dalam adik-beradik dan bukan adiknya Alianiapa.

“Ada yang menyebarkan khabar angin mengenai perebutan kuasa untuk menunjukkan bahawa kita tidak bersatu. Datu Phugdal adalah pengganti yang sah,” katanya dipetik mStar online.

Wilayah yang dituntut oleh Kesultanan Sulu

Beliau juga ditanya dakah dia akan meneruskan rancangan untuk menyerang Sabah lagi, Esmail berkata tidak timbul soal pencerobohan kerana berdasarkan sejarah Sabah adalah milik mereka.

“Kami tidak pernah menggunakan perkataan menuntut kerana Sabah adalah milik kami,” katanya.

Sebelum ini mereka telah melancarkan perang gerilla terhadap negeri Sabah tetapi telah berjaya dipatahkan olrh kerjaan..

Kira-kira 60 orang, termasuk sembilan anggota keselamatan rakyat Malaysia terbunuh, dalam operasi terhadap kumpulan lelaki bersenjata Sulu.

Mereka yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) dan kemudiannya didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk pengkhianatan.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli