Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Trauma Objek Tumpul
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditemui mati di sebuah bilik di unit flat di sini meninggal dunia akibat trauma objek tumpul di kepala.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata laporan bedah siasat mendedahkan bahawa mangsa mengalami keretakan di bahagian belakang kepala dan cedera di bahagian dahi.
"Dipercayai keretakan di belakang kepala kanak-kanak itu disebabkan oleh objek yang keras atau tumpul.
"Kami sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.
Dilaporkan bahawa ibu anak kecil itu yang berusia 36 tahun itu merupakan seorang pekerja asing tanpa izin, telah mendapati anaknya terbaring kaku di dalam biliknya pada Khamis.
Dia meninggalkan anak perempuannya itu sendirian di dalam bilik ketika dia sedang membasuh pakaian di bilik mandi di flat mereka di Jalan Emas Putih di Skudai.
Mohd Khamsani berkata polis menahan ibu kanak-kanak itu untuk membantu siasatan.
"Dia telah ditahan oleh Jabatan Imigresen di bawah Seksyen 6 (1) (C) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.-mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini