Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Tidak Akan Potong Gaji Penjawat Awam

No Comment



SHAH ALAM: Pihak kerajaan hari ini menyuarakan rasa tidak setuju dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda, yang mencadangakan agar gaji bulanan penjawat awam dipotong untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.

Mengulas perkara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk mencari dana membantu mangsa banjir tetapi bukan melalui pemotongan gaji kakitangan kerajaan.

"Saya tidak setuju. Mereka boleh kutip derma bukan paksa. Kerajaan tak akan potong," katanya hari ini.

BACA: Cuepacs Cadang Potongan Gaji Penjawat Awam Bantu Mangsa Banjir

Sebelum ini, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda teah mengutarakan cadangan supaya gaji kakitangan kerajaan dipotong untuk membantu mangsa banjir dan akan membawa perkara ini kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli