KUALA LUMPUR: Setelah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah berjaya menaikkan bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 semalam, hari ini mereka mengenal pasti pula kedudukan kotak hitam. Menurut laporan Detik.com, pengesanan itu dibuat dengan pemerimaan isyarat oleh tiga buah kapal pencari.
Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas), Supriyadi berkata “Isyarat itu diterima dari 1km arah timur dari lokasi penemuan ekor pesawat berkenaan,".
Selain itu, usaha dalam pencarian komponen terpenting tersebut termasuk fiuslaj pesawat diberi tumpuan sepenuhnya hari ini.
"Setelah dibuat penelitian, kita akan hantar pasukan penyelam kapal KN Pacitan ke tiga kapal berkenaan," kata Supriyadi merujuk pada kapal Baruna Jaya, Java Interior dan Kapal GeoSurvey.
Isyarat kotak hitam itu difahamkan telah diterima dari kedalaman 30 meter dari dasar Laut Jawa.
Serpian baharu juga telah ditemui dan baru sahaja dibawa ke Pelabuhan Panglima Utar Kumai oleh Kapal Trisula.
Sementara itu, Tan Sri Tony Fernandes selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia turut memuat naik satu tweet menyatakan kotak hitam besar kemungkinan telah ditemui. ─ Siakapkeli.com.my
We are led to believe Blackbox may ha e been found. Still not confirmed. But strong info coming. But my man thoughts is fuselage.
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) January 11, 2015