Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut kepala terhempap ‘transformer’ elektrik

No Comment


KOTA BHARU - Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggara eletrik di sini, maut selepas tersepit di bawah alat ubah (transformer) elekrik ketika melakukan kerja-kerja menggantikan alat berkenaan yang rosak akibat banjir di Jalan Che Su di sini pagi tadi.

Mangsa Shahril Zaim Shamsuddin, 24, dipercayai tersepit ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat itu bersama enam lagi rakannya dalam kejadian kira-kira 6 pagi.

Rakan mangsa, Mohamad Zaid berkata, ketika kejadian dia bersama mangsa dan rakan-rakan lain sedang melalukan kerja-kerja pemasangan terakhir namun alat terbabit secara  tiba-tiba tergelincir dan menyebabkan mangsa tersepit.

"Kami cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berdaya disebabkan mesin berkenaan berat dan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala selepas mesin itu terkena betul-betul di bahagian kepalanya.

"Dia baru sahaja bekerja tidak sampai sebulan, selepas tamat belajar dan kami masih belum kenal rapat namun saya tidak sangka kejadian itu menyebabkan kematian," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.-Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli