KUALA KANGSAR – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kenderaan yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah treler menyebabkan kereta itu terbakar di Kilometer 254.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.
Identiti mangsa yang meninggal dunia dan yang cedera bagaimanapun masih belum dapat dikenal pasti.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.26 pagi dan sebaik tiba di lokasi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu terbakar.
Katanya, operasi memadam dan menyelamat dijalankan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar diketuai Penguasa Bomba Meor Kamarul Haslin dan dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru, Ipoh. – BH Online
|