Mahkamah Benar Saiful Pinda Tuntutan Saman Terhadap Anwar
PERMOHONAN Mohd Saiful Bukhari telah dibenarkan oleh Mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini (Jumaat) bagi meminda pernyataan tuntutan dalam samannya yang bejumlah RM50 juta terhadap bekas majikan, Daruk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara tersebut telah diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan selepas meneliti hujah yang dikemukakan oleh peguam Saiful, Zamri Idrus dan Shahid Adli Kamarudin yang mewakili ketua pembangkang itu.
Menurut Zamri, mahkamah memerintahkan Anwar menfailkan pernyataan pembelaan pindaan sebelum 23 Februari dan mahkamah menetapkan 13 Mac bagi pengurusan kes.
Permohonan itu telah dibuat oleh Saiful pada 16 Januari lalu untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan butiran yang lebih terperinci behubung dakwaan fitnah oleh Anwar. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini