Sebuah lori jenis pick up yang dipandu oleh dua orang lelaki telah merempuh pagar sempadan Malaysia berhampiran Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia di Padang Besar, Perlis.
Kejadian yang berlaku pada 3.10 pagi Jumaat itu menyebabkan pagar tersebut bocor dan kedua-dua penyeludup tersebut berjaya meloloskan diri.
Namun, barangan yang cuba diseludup ke negara jiran, iaitu rokok dan arak bagaimanapun gagal dibawa bersama.
Memetik dari sebuah blog, Pakdin.my, Menyedari kehadiran anggota PGA kedua-dua lelaki itu melarikan diri ke pintu sempadan negara jiran.
Setelah siasatan dibuat ke atas kenderaan yang ditinggalkan itu, pihak polis telah menemui 20 bungkusan plastik hitam yang mengandungi beberapa karton rokok dan arak.
Kerja-kerja membaiki pagar yang rosak itu dijangka mengambil masa empat hari.
Bagaimanapun, operasi kawalan keselamatan di sempadan tidak terjejas dengan insiden itu. - Siakapkeli.com.my