Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penangguhan PLKN Tidak Akan Jejaskan Transformasi Program - Hishammuddin

No Comment


PUTRAJAYA : Penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun tidak akan menjejaskan pelaksanaan transformasi PLKN," kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, satu makmal juga akan diwujudkan mulai bulan depan yang akan menghimpunkan kesemua pihak berkepentingan bagi meneliti secara menyeluruh berkenaan kerangka transformasi serta keputusan penangguhan itu.

"Penangguhan PLKN selama setahun ini sama sekali tidak memberi kesan besar dan menjejaskan pelaksanaan program PLKN secara keseluruhannya pada masa akan datang," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan akan menangguhkan PLKN tahun ini, dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program dikaji semuka dan ditambah baik.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan sudah melakukan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan input dan cadangan bagi menambah baik PLKN.

Bagi merealisasikan transformasi PLKN, kementeriannya menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian seperti Belia dan Sukan, Pendidikan, Sumber Manusia, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kerja Raya serta Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, pihaknya memberi jaminan hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara tidak akan diketepikan berikutan pengumuman struktur ekonomi oleh Najib hari ini. - BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli