Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penjenayah ditembak mati cuba serang polis di Kinarut

No Comment


PAPAR: Polis menembak mati seorang penjenayah selepas menyerang anggota polis dengan parang di Kampung Madang, dekat Kinarut, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang anggota polis cedera akibat dilibas dengan parang oleh penjenayah terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian sepasukan anggota polis menjalankan serbuan di kampung berkenaan susulan maklumat dan ketika cuba ditahan, suspek menyerang polis dengan parang menyebabkan seorang anggota cedera.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan suspek maut di tempat kejadian.-Berita Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli