Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Terhempas, Kanak-Kanak Redah Hutan Sendirian

No Comment
Gambar Sailor Gutzler bersama keluarga sebelum pesawat ringan yang mereka naiki terhempas.
Seorang kanak-kanak perempuan, Sailor Gutzler, berusia 7 tahun sangat tabah apabila dia berjalan sejauh tiga setengah batu merentasi kawasan hutan selepas pesawat ringan yang dipandu oleh bapanya terhempas pada jumaat lalu di Kentucky, Amerika Syarikat.

Dalam nahas itu, bapanya, Marty Gutzler, 49, ibu, Kimberly Gutzler, 45, kakak, Piper Gutzler, 9, dan sepupu, Sierra Walder, 14 telah maut ditempat kejadian.

dalam keadaan berlumuran darah dan beberapa tulang retak, kanak-kanak ini berjaya keluar daripada bangkai pesawat itu dan berjalan sehinggalah menemui rumah yang didiami seorang warga emas, Larry Wilkins, 71, pada jam 6.30 petang.

Larry yang ketika itu sedang menonton televisyen terkejut apabila melihat kanak-kanak itu terus menghubungi talian kecemasan 911.

“Saya sangat kasihan melihatnya sehingga mengalirkan air mata. Dia gadis kecil yang sangat berani,”, kata Larry. - Siakapkeli.com.my




Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli