Nahas QZ8501 nampaknya sudah memasuki hari kesepuluh operasi pencarian dan setakat harini hanya baru 37 mayat ditemui dan 9 daripadanya telah diserahkan kepada keluarga mangsa.
Seorang anak kapa AirAsia QZ8501 Syaiful Rahmat, 38, yang bertugas sebagai teknikal (bahagian radio komunikasi) AirAsia merupakan saah seorang mangsa yang belum berjaya dijumpai.
Menyingkat kembali kisah beliau dua hari sebelum kejadian tersebut berlaku kawannya yang bernama Rudi telah berkongsikan dengan pihak media bahawa beliau telah terbau sesuatu yang amat wangi dari tubuh Syaiful yang berasal dari Pekanbaru, Riau itu.
“Harumnya tidak seperti hari-hari biasa, sangat harum, sepertinya bukan harum minyak wangi,” ujarnya.
Beliau mengakuit tidak menyangka itu adalah petanda kawan baiknya itu pergi untuk selama-lamanya dengan pertemuan itu merupakan pertemuan akhir baginya dengan Syaiful.
Syaiful digambarkan oleh Rudi sebgai seorang yang pandai bergaul dan mempunyai didikan agama yang baik kerana selalu mengingatkan rakan-rakannya tentang solat dan ibadah lain.
Lia menunjukkan status terakhir BBM adiknya
Malah status terakhir Blackberry Messenger (BBM) di telefon bimbit adiknya itu berbunyi, ‘Kerjakan amal dengan ikhlas dan sesuai dengan sunnah’.
Begitu pun oleh sebab Syaiful sudah biasa menulis status berbaur agama baik di BBM mahu pun Facebook maka ia tidaklah dianggap satu hal yang aneh buat Lia dan keluarga.
Subahanallah..semoga ini adalah tanda ALLAH sayangkan beliau dengan memberi tanda-tanda yang baik sebelum beliau pergi. Bersama kita mendoakan agar semua mangsa dan bangkai pesawat berjaya ditemui.-Siakapkeli.com.my