Semalam heboh menjadi viral di dada-dada Facebook apabila tersebarnya rakaman suara detik-detik terakhir antara Juruterbang, Penolong juru terbang QZ8501 dengan menara kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa.
Tahukah anda, video tersebut adalah rakaman lama dimana rakaman itu merupakan rakaman komunikasi terakhir antara Juruterbang pesawat Adam Air yang terhempas pada tahun 2007 lalu di Laut Andaman dan rakaman suara ini diambil dari kotak hitam pesawat tersebut(Kotak hitam tersebut dijumpai pada tahun 2008).
Dalam kejadian itu seramai 102 orang telah terkorban termasuk 6 orang anak kapal. Punca nahas pesawat Adam air tersebut adalah kerana Juruterbang tidak sengaja memutuskan pengendalian penerbangan secara automatik sedangkan kedua-dua juruterbang itu cuba membaiki kerosakan pada peralatan navigasi.
Mana admin tahu rakaman ini rakaman Adam Air? mari kita lihat 5 bukti dibawah.(dah macam detektif Conan admin Siakapkeli..hehehe).
Bukti 1. Bandingkan gambar A,B dan C. Agak-agak mana yang yang sama yer?
Bukti 2. Tulisan yang dibulat ada tertera SBY iaitu Presiden lama Indonesia iaitu Susilo Bambang Yudhoyono yang telah digantikan dengan Presiden baru Indonesia sebelum pesawat AirAsia terhempas lagi iaitu Joko Widodo ataupun dikenali sebagai Jokowi.
Bukti 3. Sudah terang lagi bersuluhkan tahun 2009 Tol Jabotabek menggunakan kartu elektronik. Takkan berita tahun 2014 hendak tulis berita pasal tahun 2009.
Bukti 4. Kalau anda tahu berita lanjut klik Tanker Rusia Selamatkan 13 Awak Kapal Kargo Indonesia. Kejadian ini berlaku pada 2 Ogos tahun 2008 dimana menceritakan tentang kapal kargo Indonesia Damari Lestari yang tenggelam di Selat Malaka berhampiran Laut Andaman. Sumber lain klik SINI dan SINI.
Bukti 5. Dari perbualan yang didengar adalah Co-pilot fasih berbahasa Indonesia? sedangkan beliau adalah seorang rakyat Perancis dan bukan beragama Islam sedangkan dalam rakaman Co-Pilot menyebut Allahu Akbar. Beliau ialah REMI EMMANUEL PLESEL. Untuk lebih makumat lebih lanjut boleh rujuk SINI.
Berikut adalah rakaman video tersebut.
Macam-macamkan sekarang, pantang ada kejadian apa-apa sikit mesti ada berita palsu yang disebarkan. Sebelum ini kes banjir di Pantai Timur macam-macam berita palsu keluar. Jadi kami nasihatkan anda tidak mudah percaya dengan perkara-perkara seperti ini.
Takziah dari kami admin Siakapkeli kepada keluarga nahas pesawat AirAsia QZ 8501, MH370 dan MH17. Selain itu kami turut bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir yang melanda negara. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.-Siakapkeli.com.my