Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Restoran Benarkan Pelayan Bawa Pistol Semasa Bekerja

No Comment



RIFLE, Amerika Syarikat – Seorang pemilik restoran di bandar ini mempunyai cara tersendiri bagi memastikan premisnya tidak menjadi sasaran penjenayah dengan membenarkan semua pekerja membawa pistol ketika sedang bertugas.

Restoran yang dikenali sebagai Shooters Grill turut menggalakkan pelanggan untuk memberikan tip dalam bentuk peluru kepada para pekerjanya.

Pemilik Shooters Grill, Lauren Boebert, 28, berkata, semua pekerja diwajibkan menjalani latihan menggunakan senjata api sebelum mereka boleh membawa pistol ke tempat kerja.

“Saya mula mengarahkan para pekerja membawa pistol ketika bekerja selepas berlaku satu kejadian seorang lelaki mati dibunuh berhampiran premis ini beberapa tahun lalu.

“Tindakan ini bukan sahaja dapat memastikan keselamatan para pekerja tetapi turut menyebabkan para pelanggan kami berasa selamat ketika makan di sini,” katanya.

Menurutnya, walaupun para pelayan secara terang-terangan membawa pistol yang berisi peluru tetapi pelanggan tidak pernah berasa takut malah semakin ramai yang mengunjungi restorannya. – Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli